Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah Lundu, Tetapi menurut Dr.Otto Steinmeyer di laman utama beliau, www.ikanlundu.com/lundu :

"Bagi sesiapa tahu , tanah-tanah di sekitar Lundu kosong daripada kaum sehingga baru-baru ini. Walaupun sungai utama dipanggil Batang Kayan, " Sungai Kayan , " tidak ada bukti sama sekali bahwa setiap orang Kayan pernah tinggal di sana. Dalam pertengahan abad kelapan belas sekumpulan Bidayuh orang dari dekat Bau berhijrah dan menetap di tebing barat Batang Kayan, di mana Kampong Stunggang Melayu sekarang berdiri. Mereka datang untuk dipanggil Lundu Dayak, dan walaupun ahli terakhir suku meninggal dunia pada tahun 1960, anda masih boleh melihat dusun pokok durian ditanam. Nama " Lundu " itu sendiri diambil dari ikan keli kecil yang dipenuhi dalam Sungai Lundu yang mengalir turun dari Gunung Gading."

Sekarang, Lundu adalah di bawah pembangunan yang berterusan, dengan lebih banyak dan lebih banyak infrastruktur awam dan lain-lain sedang dibina dan dicadangkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017

Seminar Transformasi Usahawan Jalur Lebar - JKO Pelancongan & Keusahawanan Komuniti Pintar Lundu

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

PI1M Lundu dijemput untuk menyertai seminar ini dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI1M... baca selanjutnya

Majlis Perlancaran Transformasi Perkhidmatan Pos Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak

Aktiviti Terkini | 6 November 2016

Pihak pengurusan PI1M Lundu mengambil kesempatan untuk mempromosikan aktiviti PI1M kepada masyarakat... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

September - Oktober 2016 | Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Program Jelajah Advokasi

17 & 18 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program Jelajah Advokasi telah dijalankan dengan kerjasam PI1M Sematan dalam usaha menyebarkan maklumat mengenai Klik Dengan Bijak serta Mobile e-Waste. Program ini telah diadakan selama 2 hari melibatkan dua buah sekolah berdekatan... baca selanjutnya

Program Jom Zumba Bersama Belia

23 September 2016 | Aktiviti Terkini

Senam seni 1 Malaysia bersama pendidik Nyem Nyem dan disertakan Zin Team Effie bertempat di Dewan Tertutup Stadium Mini Lundu pada jam 4 petang... baca selanjutnya

PROGRAM BELIA MERDEKA

28 - 30 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan PI1M lundu kepada pusat luar dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan peserta Pi1M Lundu... baca selanjutnya

Pesta Sematan

30-31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pesta Sematan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Hj. Adenan Hj. Satem... baca selanjutnya

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama PI1M Lundu

29 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan secara telus dengan para pelajar dan masyarakat... baca selanjutnya

Lawatan SKMM Ke PI1M Lundu

21 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Lawatan SKMM ke PI1M Lundu sebelum bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Pintar Lundu pada 21 Jun 2016 iaitu bersama Dato’ Mohd Ali Hanafiah (Ketua Pegawai Pembangunan Industri)... baca selanjutnya

Program Bersama Penduduk Kampung Pueh Sempena Hari Gawai

1 & 2 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan secara telus dengan pihak luar dan masyarakat... baca selanjutnya

Bengkel ICT untuk Usahawan (modul animasi)

17,18,19 & 20 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan staff PI1M dengan penduduk/komuniti, memperkenalkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti... baca selanjutnya

Bengkel ICT untuk Usahawan (modul videografi)

10,11,12, & 13 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan staff PI1M dengan penduduk/komuniti, memperkenalkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti... baca selanjutnya

Bengkel/Pertandingan Video Pendek KDBFunniest 15Seconds

9 - 10 April 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan staff PI1M dengan penduduk/komuniti, memperkenalkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti... baca selanjutnya

PI1M Lundu Bersama Dengan Pusat Epal Kuching

6 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan pi1m lundu kepada pusat luar dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan peserta PI1M Lundu... baca selanjutnya

Program Inisiatif Pelajar

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Matlamat utama program ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan internet di peringkat masyarakat luar bandar untuk ditangani dan disalurkan kepada semua masyarakat... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Februari 2016 | Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN BLOG USAHAWAN YANG KREATIF DAN MENARIK DAN ROADSHOW BERSAMA SKMM DI SMK LUNDU DAN SEMATAN.

30 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Matlamat utama program ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan internet di peringkat kampung untuk ditangani dan disalurkan kepada penduduk kampung... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya